header image

kata-kata penenang jiwa

Posted by: | October 13, 2011 | 1 Comment |

 

 

Masinnya air laut tidak mampu menyerap ke dalam isi ikan, tetapi apabila ikan itu mati,secubit garam pun sudah cukup untuk memasinkannya..
Begitulah hati.. Hati yang hidup sangat sukar dinodai, tetapi apabila hati telah mati, mudahnya dipengaruhi..
Moga Allah sentiasa pelihara hati kita..
Hati yang dipilih Allah untuk mendapat hidayahnya sudah tentu hati yang menyesali akan dosa-dosanya..  Maka beruntunglah orang yang setiap degupan jantungnya adalah untuk Khaliqnya, kerana dia telah benar2 amanah dengan secebis nikmat yang diberi pinjam.

 

Orang yang jiwanya bersih dengan takwa, fikirannya jernih dengan iman, akhlaknya biasa dengan kebaikan, nescaya dia akan mendapat CINTA ALLAH dan cinta manusia yang hatinya mencintai ALLAH

Aku minta kepada Allah setangkai bunga segar,
Dia beri aku kaktus yang berduri,
Aku minta kupu2,
diberinya ulat..
Aku kecewa dan sedih,
tetapi tetap bersabar..
Namun, tidak lama kemudian,
kaktus itu berbunga indah sekali,
dan ulat itu menjadi kupu2 yang cantik..
Begitulah Allah mengasihi kita selalu

 

under: Uncategorized

Leave a response






Your response:

Categories